Pages

Monday, August 9, 2010

Penguasaan ekonomi dan budaya berniaga di kalangan masyarakat Melayu

Semua orang bercakap mengenai kepentingan penguasaan ekonomi di kalangan orang melayu@bumiputera..pandangan aku mungkin agak kritis dan aku akan cuba mengaitkan ia dengan BUDAYA masyarakat kita sendiri.

Aku optimis menyatakan niat murni pemimpin kita untuk meningkatkan penguasaan bumiputera di dalam ekonomi agak sedikit 'terganggu' sekiranya budaya ini tidak dikekang sepenuhnya. Ya bangsa Melayu adalah bangsa pengguna dan makan gaji terbesar di Malaysia ini dan itulah persoalan dasarnya. Cuba kita lihat di dalam keluarga melayu apabila anak-anak mereka keluar universiti apakah harapan keluarga kepada mereka? wahai anak-anakku kerja lah kamu nanti dengan kerajaan agar terjamin masa depan. Berniaga kecil-kecilan adalah sementara nak dapat kerja makan gaji. Ini ketara berlainan daripada bangsa lain apabila mereka belajar untuk mendapat ilmu dan jatidiri untuk memulakan perniagaan. Kerja makan gaji hanya sementara untuk mendapat modal dan pengalaman.

Cuba bayangkan situasi di dalam sebuah keluarga melayu apabila seorang anaknya yang telah menjawat jawatan pegawai kerajaan dan berkhidmat selama 10 tahun serta berpencen tiba-tiba menyatakan hasrat untuk berhenti dan memulakan perniagaan apakah reaksi keluarga, sanak saudara serta rakan-rakan. Percaya tak saya katakan reaksi kepalang terkejutnya seolah-oalah ingin menukar agama? Ia biasanya akan disusuli dengan cemuhan dan cacian dengan menyatakan bisnes tiada masa depan, kalau buat bisnes pun gerenti tak kan berjaya dan persaingan bangsa lain yang telah menguasai ekonomi tersebut. Semua kenyataan ini seolah-olah mereka yang telah menentukan takdir untuk anda. Cuba tanya apakah pekerjaan mereka sekarang ini. Tentulah makan gaji juga. Mereka mungkin senang tetapi tidak kaya untuk menguasai ekonomi.

Penguasaan ekonomi ini dilihat apabila kita mampu menguasai sesuatu industri itu tidak semestinya keseluruhan/semua jenis industri. Contoh apabila kita berniaga membekal sabun pencuci kepada sesuatu kawasan dan lebih baik lagi kalau kita sendiri yang mengeluarkan sabun itu kita dah dikira menguasai indusri (ekonomi) sabun di kawasan tersebut sebenarnya. Berniaga kecilan2 dan naik tahap bertahap. Bangsa lain pun melalui tahap yang sama juga. Percayalah bahawa mereka yang sebenarnya mnentukan harga barangan2 runcit misalnya tanpa menghiraukan amaran kerajaan. Cuba lihat harga ayam, tepung, gula, beras tiba2 naik menjelang perayaan aidilfitri dan tidak pada perayaan gong xi fa chai. Sebab apa kita yang sangat terasa oleh kenaikan tersebut? Kerana kita lah pengguna terbesar dan mereka tak kan tergugat walaupun kita mengertak akan memulau barangan tersebut kerana mereka mengetahui dgn jelasnya barangan itu adalah barangan keperluan terpenting tambah2 menjelang perayaan.

Selagi kita makan gaji selagi itu lah hidup kita sekeluarga akan ditentukan oleh orang lain. Sebagai contoh pendapatan seorang kerani kakitangan kerajaan hanya naik sekitar rm40-50 sahaja di tahun2 awal perkhidmatan dan biasanya mencapai gaji mati sekitar hampir rm3k itupun setelah servis selama 30 tahun. Cuba bayangkan kenaikan kos hidup berapa setiap tahun? Adilkah bagi kita dan keluarga kita untuk hidup? Liberalisme ekonomi (cth. pengurangan subsidi) yang melanda Malaysia dan juga negara2 lain akan mematikan kita secara perlahan2 sebenarnya sekiranya kita tidak mampu survive. Kita susah untuk mengubah gaya hidup dan untuk memotong perbelanjaan pula belanja yang mana harus di potong lagi sedangkan kita nak makan pun terpaksa dicatu dah selama ini. Kita tidak makan mungkin tidak mengapa tetapi sanggup kita lihat anak2 kita merengek kelaparan? Bagi kakitangan kerajaan mereka mudah membuat pinjaman peribadi dan mungkin masalah akan selesai sekejap. tetapi nampak kah masalah yang akan datang kemudian apabila pendapatan bulanan kita telah bkurangan misalnya rm50 pun tetap dikira menganggu keseluruhan perbelanjaan kita. Apabila jumlah potongan mencapai tahap maksimum kita akan amek kad kredit pula. Bayar minimum setiap bulan adalah kebiasaan. Apabila keadaan tidak terkawal dan masuk tahun depan gaji kita naik sket rm50. Leh wat personal loan beberapa ribu untuk setel kredit kad itu. Apa yang tinggal lepas tu? Sekali kita buat personal loan tambah2 yang potongan mencecah paras maksimum maka selama itu lah kita terjerat dan mungkin sampai ke pencen kita tidak habis hutang lagi. Bank tidak mahu tahu masalah anda. Apabila anda tidak membayar seperti tempoh dijanjikan maka anda akan diheret ke mahkamah dan segala kos peguam dan court adalah atas tanggungan anda. Itu peranan bank yang mementingkan keuntungan (kapitalis). Saya berani mengatakan demikian kerana saya adalah bekas pegawai bank dan saya telah nampak permasalahan ini akan menjadi parah suatu hari nanti di kalangan kita.

Ini berlainan daripada peniaga apabila mereka tahu mereka tidak mudah meminjam. Mereka perlu ada cash untuk membayar pendahuluan kereta misalnya. Serta bank statement yang kukuh untuk meyakinkan pihak bank. So mereka perlu mantapkan perniagaan dulu baru pikir nak beli kereta mahal atau rumah. Mereka yang makan gaji walau baru sebulan kerja dah layak buat pinjaman nak beli kereta atau rumah dan seterusnya berhutang untuk membayar setiap bulan (ada yang buat personal loan untuk bayar muka kereta import dan seterusnya buat loan keta pula). Saya tinggal di penang. Di sana banyak projek perumahan mewah didirikan. Sekali pandang tentu kita akan menyatakan 'ah itu mesti rumah Chinese tu. Mereka takpalah kaya raya sebab buat bisnes'. Mengapa stigma ini harus ada dalam setiap fikiran kita semenjak turun temurun sedangkan kita adalah penduduk asal bumi tanah Melayu ini? Adakah bangsa lain itu mendapatkan rumah itu secara tidak sah dan adakah mereka makan gaji untuk membeli rumah yang berharga rm1 juta itu? (nilai hartanah di penang yang semakin meningkat menyebabkan banyak rumah yang berharga lebih satu juta didirikan di sana sini ketika ini)

Saya tidak minta kita semua berenti keja makan gaji sedia ada sekarang ni. Memadai kita buat apa2 bisnes untuk menampung keperluan kita yang tidak pernah cukup. Bab penguasaan ekonomi pula biarlah pemimpin kita yang memikirkannya. Itu hak anda. Tetapi anda jangan pula merungut apabila petrol dan gula dinaikan yang menyebabkan perbelanjaan anda sekeluarga terganggu. Kita tidak mampu mengelak liberalisasi ekonomi itu daripada berlaku sebab ia adalah trend dunia sekarang. Nampak bagaimana ekonomi Greece jatuh bangkrap apabila kerajaan tidak mampu mengekang arus globalisasi ekonomi yang melanda masuk negara tersebut. Anda hendak menukar kerajaan mungkin apabila merasakan anda sebenarnya ditindas oleh pemerintah tetapi percayalah kerajaan mana pun yang memerintah secara waras akan bertindak sedemikian sebab ia adalah aturan dunia sekarang dan kita tidak mampu mengelak cuma mungkin mampu memperlahankannya. Kita beruntung apabila kita masih mengekalkan penguasaan politik ketika ini. Tetapi teori political science menyatakan politik dan ekonomi tidak dapat dipisahkan. Kuat ekonomi maka kuat lah kemampuan mereka mendaki tangga politik (situasi semasa). Teori mudah n klasiknya apabila ada duit semua orang hendak kawan dan mendengar cakap kita walaupun apa yang kita cakap itu tidak semestinya betul. Cuba tengok bangsa Yahudi menguasai dunia dengan apa? dengan ekonomi dulu kan baru yang lain2 seperti politik, sosial, pertahanan dll menyusul. Walaupun dengan taktik kotor mereka berjaya mengagumkan dunia ketika ini. (Saya baru habis menbaca buka mengenai kronologi Yahudi menguasai dunia. Saya akan keluarkan rumusannya di dalam blog ini tidak lama lagi di ruangan yang lain)

So tepuk dada tanya selera..
Sekadar pandangan.

0 comments:

Post a Comment