Pages

Tuesday, August 3, 2010

Demokrasi Terpimpin

Kewujudan kepelbagaian parti politik yang bersaing untuk mendapatkan kuasa pemerintahan, disusuli dengan kebebasan-kebebasan sivil seperti bebas bersuara dan dengan itu timbul suasana perdebatan ekoran bercanggah pendapat, merupakan antara ciri-ciri utama sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.
Persaingan kuasa ini pula berjalan secara terbuka dan bukan secara rahsia. Situasi berbeza pandangan, sama ada dalam isu-isu dasar atau persoalan semasa, tidak sewajarnya menimbulkan kerisauan atau kegusaran, malah ia petanda proses pendemokrasian menuju ke arah kematangan.

PERDEBATAN DAN KONFLIK
Proses memberi pandangan, saling mengkritik, berwacana, perdebatan dan konflik tanpa kekerasan harus dianggap sebagai normal dan itulah hakikat demokrasi. Penyertaan rakyat dalam hal-hal politik bukan semata-mata dengan mengundi dalam pilihan raya, misalnya lima tahun sekali, tetapi berlaku setiap masa, untuk bersama-sama membangunkan negara.
Perubahan kerajaan dalam sistem demokrasi adalah lumrah. Kestabilan terjamin jika parti yang menang bertindak adil untuk semua rakyat, tanpa mengira fahaman politik, serta mengelak daripada amalan diskriminasi dan pihak yang kalah pula menerima baik keputusan pilihan raya (yang harus dijalankan secara bebas dan adil).

0 comments:

Post a Comment