Pages

Thursday, September 2, 2010

Sajak "Melayu" oleh Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua´alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran

"Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

(Usman Awang)

Tuesday, August 31, 2010

Merdekakah kita?

Hari ini tanggal 31 Ogos 2010 kita semua menyambut hari kemerdekaan yang ke 53 buat sekelian kalinya..sesungguhnya perjuangan menuntut kemerdekaan bukan sedikit harga yang perlu dibayar. Terima kasih kepada pemimpin-pemimpin kita terdahulu yang berkorban jiwa dan raga demi sebuah kemerdekaan. Seringkali dari tahun ke tahun kita akan mendengar ungkapan rakyat Malaysia terutamanya berkenaan generasi muda sekarang yang semakin tidak menghayati erti sebuah kemerdekaan. Salah siapakah?

Mereka yang mengeluarkan ungkapan itu cukup merdekakah dia? Apa yang dia faham dengan merdeka? Generasi muda tidak memahami erti merdeka kerana sepatutnya mereka tidak akan faham pun. Mereka juga boleh diibaratkan sebagai kain yang putih untuk dicorakkan. Peranan mereka yang sepatutnya mencorakkan dinafikan. Di sekeliling kita boleh anda nampak apa yang boleh dikatakan sebagai bulan menyambut kemerdekaan? Berapa kerat sangat rancangan berciri patriotik dimainkan juga melalui radio-radio informasi tentang kemerdekaan boleh dikira dengan jari. Ia semakin parah dari tahun ke tahun. Semalam semasa aku dalam perjalanan dari Alor Star ke Pulau Pinang di sana sini penuh dengan golongan mat rempit/mat kereta di sana sini dengan bendera yang diikat ke badan dan kenderaan. Sekurang-kurangnya mereka ini cuba menyambut kemerdekaan dengan cara yang mereka faham. Merempit dengan bendera mungkin itu perkara yang bermain di fikiran mereka sebagai cara menyambut merdeka. Seterusnya muncul lah golongan yang mengatakan ahh budak-budak muda sekarang semakin tidak tahu apa itu merdeka. Apa pula yang golongan itu buat?

Usah bicara peranan parti2 politik. Seorang prof politik di sebuah IPTA tempatan menyatakan parti2 politik sekarang sedang sibuk mengukuhkan kerusi empuk masing2 juga mempertahankannya dan perjuangan sebenar menjadi agenda no 2. Inilah harga yang rakyat terpaksa tanggung kini.

Hendakkan sesuatu maka kita perlu lepaskan sesuatu itulah janji penjajah British kepada kita semasa hendak melepaskan Tanah Melayu menjadi sebuah negara berdaulat. Ya kontrak sosial demi kepentingan ekonomi koloni harus diutamakan jika kita mahu merdeka maka dari situ lah kita harus menerima kontrak sosial sebagai pra syaratnya. Isu kontrak sosial hingga kini menjadi api dalam sekam apabila timbulnya golongan yang cuba menjadi hero di kalangan kawanannya dengan memainkan isu yang menjadi sensitivi. Juga tindak balas provokasi oleh satu pihak yang lain semua itu menjadi lahar yang bakal meledak sekiranya dibiarkan. Puak Serb serta Bosnia yang dahulunya berjiran aman damai boleh berbunuhan keesokkan paginya apabila api perkauman dan agama dimainkan. Situasi ketika itu jiran sebelah rumah berbangsa Serb akan datang ke rumah jiran Bosnianya bukan untuk minum teh seperti kebiasaan tetapi untuk membunuh! Kita semua mahu begitu?

Kita semua melaungkan walaupun kita telah lama merdeka tapi kita masih dijajah secara minda. Anda fikir dari tahun 1511 bermulanya pendaratan kapal perang Alfonso D’ Albuquerque (ada sumber menceritakan Alfonso ini akhirnya dibunuh oleh orang Melayu Melaka dan mayatnya dihantar pulang ke Portugis oleh pendekar2 Melayu) pada 1 Julai 1511 di bumi Melaka sehinggalah kemerdekaan sepenuhnya daripada British pada 31 Ogos 1957 selama beratus-ratus tahun kita dijajah secara fizikal tidak minda? Antara ciri-ciri penjajahan barat ke sesebuah negara adalah menghapuskan fakta sejarah dan juga jatidiri bangsa tersebut bagi mengukuhkan kedudukan mereka. Anda nampak apa yang Amerika buat ke atas muzium dan juga monumen sejarah semasa menjarah Iraq? Sedikit sebanyak juga sejarah bangsa kita telah diolah oleh pihak penjajah demi kepentingan mereka. Sumber rujukan sejarah teks sekolah semata-mata adalah tidak memadai. Harus ada pemikiran tertentu dan kepelbagaian sumber untuk mendefinasikan sejarah dalam erti kata yang sebenar.

Sekarang memang tidak dapat dinafikan kita mengalami penjajahan bentuk baru iaitu penjajahan minda. Sebagai contoh anda percaya 'war anti terrorist'? Jika ya maka anda juga sebenarnya telah dijajah secara minda. War anti terrorist adalah satu teori pemikiran yang dicipta Yahudi selepas era perang dingin demi menghalalkan penaklukan/penjajahan moden mereka ke atas negara-negara tertentu (negara2 benua Arab biasanya yang kaya dengan hasil bumi). Semua ini adalah sebahagian daripada ciri 24 protokol Yahudi bagi menakluki dunia. Agenda Yahudi menakluk dunia ini aku berminat untuk membicarakan di entri yang akan diterbitkan kelak.

Kini terdapatnya golongan2 yang cuba memanipulasikan sejarah bangsa kita seperti contoh menyatakan Hang Tuah itu adalah mitos. Sedihnya ada juga anak bangsa kita yang telah termakan dengan mitos tersebut. Antara lain mitos tersebut menyatakan Hang Tuah itu adalah seorang Cina berasal dari Tanah Besar China. Adakah wujud nama pangkal 'hang' bagi seorang Cina Malaysia atau dari Tanah Besar semenjak dahulu, kini dan selamanya? Tidak bukan?

Di sini aku ingin menegaskan peri penting kefahaman sejarah dititkberatkan demi mewujudkan jatidiri bangsa yang sebenar. Apabila kita menghayati sejarah kita akan mengenal jatidiri kita yang sebenar dan secara tak langsung kita akan cuba mempertahankannya apabila cuba diganggu gugat. Sejarah adalah warisan. Sejarah juga adalah sumber kuasa. Sesuatu bangsa itu akan pupus tidak bersisa sekiranya mengabaikan sejarah bangsanya. Bagaimana? Perlahan-lahan dia akan meninggalkan budaya, bahasa dan jatidiri bangsanya kerana terlalu memandang rendah sejarah bangsanya dan mengkagumi sejarah orang lain, bahasa dan budaya mereka. Nama bangsanya hanya akan tersisa di buku-buku sejarah dan pameran muzium. Hilangnya kedaulatan sesuatu bangsa adalah sejauh mana bangsa itu kental jatidiri dan semangat untuk terus maju. Dan semua itu...bermula dari sejarah sebagai sumber kuasa yang tidak terkalahkan.

Sejarah bukanlah sekadar bacaan hikayat dan nota-nota untuk lulus peperiksaan. SEJARAH ADALAH SUMBER KEKUATAN DAN ROH KEBANGKITAN. Satu cara untuk meruntuhkan estim diri dan jatidiri sesuatu bangsa ialah dengan menghapus, memperkosa dan merompak sejarah bangsanya. Bangsa yang diperkosa, dihapus atau dirompak sejarahnya...perlahan-lahan akan mengalami perasaan rendah diri dan akhirnya pupus dari peta sejarah dunia. Berkunjunglah ke http://mistisfiles.blogspot.com/..sejarah ketamadunan Melayu. Anda kelak akan berbangga dengan ketamadunan anda sendiri.

Sekian Selamat Menyambut Kemerdekaan yang ke 53..ayuh kita membakar semangat anak bangsa…betapa hulubalang Melayu sedari dulu tidak pernah membuang baka…yang patah, kan tumbuh berganti. Justeru untuk membina Negara Bangsa yang berjaya…marilah kita kuatkan perpaduan, tingkatkan jatidiri serta rasa yakin dan boleh! Jangan sesekali kita lupa betapa senangnya hidup kita hari ini adalah dari darah, airmata dan keringat pahlawan kita…samada yang zahir mahupun yang tak didendang. Sesungguhnya bumi Malaysia adalah bumi BERDAULAT!

Thursday, August 26, 2010

Ganyang Malingsia??

Isu yg agak menarik di bulan kemerdekaan ini dan melihat sejauh mana patriotiknya kita menghadapi situasi tegang sebegini. Baru sahaja reda keadaan apa yg digelar 'sweeping' rakyat Malaysia menggunakan buluh runcing sebagai simbolik kini telah timbul (atau dihangatkan) kembali kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (BENDERA) yang melakukan provokasi melampau kononnya untuk menghalau keluar semua rakyat Malaysia di bumi Indonesia. Isu buluh runcing sebelum ini diredakan melalui saluran diplomatik dan dengarnya juga oleh tekanan pelabur-pelabur Malaysia kepada pihak media Indonesia. Media Indonesia diketahui sangat prejudis dengan apa-apa isu berkaitan Malaysia dan ia adalah antara punca isu ini menjadi 'panas'.

Isu terbaru ini melibatkan sekumpulan aktivis BENDERA yang berhimpun dan berdemontrasi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta yang menyatakan bantahan mereka terhadap sikap kerajaan Indonesia yang kononnya sangat berlembut dengan kerajaan Malaysia mengenai isu penahanan pegawai perikanan mereka oleh pihak polis marin Malaysia yang kononnya berlaku di perairan mereka. Isu itu telah diselesaikan melalui pembebasan kesemua mereka yang ditahan. Inilah yang menimbulkan kemarahan aktivis tersebut yang dipercayai didalangi oleh pihak pembangkang negara itu yang cuba menimbulkan suasana tegang antara kedua pihak. Kemuncak demontrasi ini adalah melalui pembakaran bendera Malaysia dan rempuhan untuk memasuki kedutaan Malaysia melemparkan 5 bungkusan najis manusia ke dalamnya. Ini berjaya dihalangi oleh pihak polis republik tersebut dan hanya sebungkus berjaya dilempar masuk dan lainnya diletakkan di atas bendera Malaysia lalu dipijak pula. Beberapa harta benda (spt plet nama) kedutaan Malaysia telah rosak yang menyebabkan Wisma Putra menghantar nota bantahan kepada pihak polis republik dan kedutaan Indonesia yang dianggap tidak melindungi harta benda kedutaan asing selaras dengan Perjanjian Geneva.

Isu-isu sebegini sebenarnya adalah rentetan beberapa isu yang sekian lama menimbulkan perasaan tidak puas hati rakyat Indonesia kepada Malaysia antaranya isu amah (Nirmala Bonat), curi budaya (lagu negaraku, batik, lagu rasa sayang), isu kepulauan seperti Sipadan, Ambalat, Spratly. Sekian lama juga bangsa Indonesia sebenarnya menganggap mereka adalah 'abang' kepada Malaysia di dalam rumpun Melayu ini dan kemajuan Malaysia sedikit sebanyak telah menimbulkan kecemburuan kepada mereka.

Isu kepulaun ini juga sebenarnya telah beberapa kali menyebabkan skuandron udara TUDM dan armada TLDM telah diaturgerak ke beberapa bahagian di kepulauan Sabah oleh kerana tindakan provokasi Angkatan Laut Indonesia dan kejadian tembak menembak di laut memang sebenarnya berlaku cuma tidak dihebahkan dalam media massa demi untuk tidak menimbulkan suasana tidak tenteram antara dua negara berjiran (*sumber - militaryofmalaysia.blogspot.com)

Sepanjang malam ini juga aku telah menghabiskan masa melayari beberapa web dan blog mengenai isu ini dan menulis rumusannya di sini. Cuba lihat atau taip ja 'anti malaysia' di facebook dan anda akan menjumpai dan menyedari bahawa segelintir rakyat Indonesia telah secara konsisten melakukan provokasi melampau dengan menghina kedaulatan kita, para pemimpin kita serta sultan-sultan dan YDP Agong sejak sekian lama.Berbagai cacian dan kata nista dilempar beserta gambar-gambar menghina diletakkan.

Aku juga pernah menjumpai blog mereka yang memaparkan analisis ketenteraan penaklukan Indonesia ke atas Malaysia. Antara isi kandungan yang aku ingat (dah hampir setahun baca blog itu) mereka telah membayangkan penaklukan Malaysia melalui Sabah dan seterusnya ke semenanjung Malaysia melalui pendaratan anggota TNI (Tentera Nasional Indonesia) di Kuala Lumpur. Ketika itu menurut blog tersebut orang-orang Melayu Kuala Lumpur akan bertempiaran lari menyelamatkan diri. Tetapi dalam masa yang sama mereka juga khuatir dengan tindak balas Malaysia melalui kekuatan armada laut membalas dengan meriam ke Kota Jakarta keraana mereka juga menyedari kekuatan maritim Malaysia antara yang yang terkuat selepas Singapura bagi rantau Asia Tenggara ini. Mereka sangatlah bermegah dengan kekuatan darat mereka (mungkin sebab mereka ramai dari segi jumlah keanggotaan) tetapi tidak dari segi teknologi ketenteraan sebenarnya. Layarilah blog militaryofmalaysia dan anda akan bertemu dengan artikel terbaru kejadian pada akhir April 2010 insiden di kepulaun Spratly melibatkan kerajaan China dan Malaysia - sumber *The Southern Daily (akhbar rasmi komunis China dalam bahasa Cina). Tidak minta anda percaya sepenuhnya tetapi agak menarik untuk dihayati bukan? Secara logiknya pada zaman sekarang kita tidak harus bergantung sepenuhnya kepada sumber bacaan dalam negara sahaja. Tidak juga kepada satu sumber tertentu sahaja. Kita perlu pelbagaikan sumber, tambahan pula dengan kewujudan pelbagai media alternatif kini dan barulah kita boleh berfikir secara kritis dan logik bukan?

Berbalik kepada isu 'Ganyang Malaysia' ini secara 'teori konspirasi'nya aku andaikan mereka akan melanggar juga kedaulatan Malaysia. Ini dapat dilihat dari apa yang berlaku semasa Konspirasi Indonesia menentang penubuhan Malaysia dahulu di mana anggota Kopassus mereka telah mendarat secara senyap-senyap di beberapa pantai di Selangor. Ini adalah disebabkan anggota tersebut mendapat arahan 'khusus' dan diberitakan juga mereka akan mendapat sokongan penduduk tempatan sepenuhnya. Perisikan Malaysia telah dapat memintas sepantasnya tindakan subversif ini dan berjaya dipatahkan. Juga beberapa siri pencerobohan di sempadan Kalimantan.

Bagi kita rakyat Malaysia biasanya akan melihat dan memantau sahaja tindakan tidak bertamadun aktivis BENDERA ini selagi ianya tidak betul-betul mencabar secara langsung sensiviti atau kedaulatan kita. Inilah peranan diplomasi dan dasar luar yang harus dimainkan sepenunhnya oleh kedua kerajaan serumpun ini. Tidaklah harus melemparkan minyak ke dalam api yang sedang membara. Kita juga tidak mengancam sehingga kini rakyat Indonesia yang bekerja di Malaysia seperti mereka. Di dalam kelas aku juga ada student dari Indonesia tetapi dia dilayan dengan baik. Tetapi tidak bagi student kita di sana. Student kita di sana bagi sesetengah wilayah tegang teruk diprovokasi secara keterlaluan (tidak dinyatakan dalam media). Pengalaman aku sendiri semasa berkunjung ke Indonesia telah didiskriminasi dari segi harga barangan oleh sesetengah peniaga di sana apabila mengetahui kita rakyat Malaysia. Kejadian berlaku di depan mata apabila peniaga tersebut menjual dengan harga yang berlainan kepada rakyat mereka sebelum aku cuba menawar dan di jawabnya "nak makan apa pak kalau kasi kurang". Panas ja telinga dengar..

Isu-isu sebegini akan reda sedikit masa lagi akibat tindak balas kemerosotan aktiviti pelancongan serta pelaburan di Indonesia. Juga tekanan daripada pelabur-pelabur Malaysia yang merupakan antara pelabur terbesar industri media di sana. Ia akan menjadi api dalam sekam yang menunggu masa untuk diledakkan kembali. Sekian dulu..Selamat Menyambut Kemerdekaan Malaysia ke-53!

Monday, August 9, 2010

Penguasaan ekonomi dan budaya berniaga di kalangan masyarakat Melayu

Semua orang bercakap mengenai kepentingan penguasaan ekonomi di kalangan orang melayu@bumiputera..pandangan aku mungkin agak kritis dan aku akan cuba mengaitkan ia dengan BUDAYA masyarakat kita sendiri.

Aku optimis menyatakan niat murni pemimpin kita untuk meningkatkan penguasaan bumiputera di dalam ekonomi agak sedikit 'terganggu' sekiranya budaya ini tidak dikekang sepenuhnya. Ya bangsa Melayu adalah bangsa pengguna dan makan gaji terbesar di Malaysia ini dan itulah persoalan dasarnya. Cuba kita lihat di dalam keluarga melayu apabila anak-anak mereka keluar universiti apakah harapan keluarga kepada mereka? wahai anak-anakku kerja lah kamu nanti dengan kerajaan agar terjamin masa depan. Berniaga kecil-kecilan adalah sementara nak dapat kerja makan gaji. Ini ketara berlainan daripada bangsa lain apabila mereka belajar untuk mendapat ilmu dan jatidiri untuk memulakan perniagaan. Kerja makan gaji hanya sementara untuk mendapat modal dan pengalaman.

Cuba bayangkan situasi di dalam sebuah keluarga melayu apabila seorang anaknya yang telah menjawat jawatan pegawai kerajaan dan berkhidmat selama 10 tahun serta berpencen tiba-tiba menyatakan hasrat untuk berhenti dan memulakan perniagaan apakah reaksi keluarga, sanak saudara serta rakan-rakan. Percaya tak saya katakan reaksi kepalang terkejutnya seolah-oalah ingin menukar agama? Ia biasanya akan disusuli dengan cemuhan dan cacian dengan menyatakan bisnes tiada masa depan, kalau buat bisnes pun gerenti tak kan berjaya dan persaingan bangsa lain yang telah menguasai ekonomi tersebut. Semua kenyataan ini seolah-olah mereka yang telah menentukan takdir untuk anda. Cuba tanya apakah pekerjaan mereka sekarang ini. Tentulah makan gaji juga. Mereka mungkin senang tetapi tidak kaya untuk menguasai ekonomi.

Penguasaan ekonomi ini dilihat apabila kita mampu menguasai sesuatu industri itu tidak semestinya keseluruhan/semua jenis industri. Contoh apabila kita berniaga membekal sabun pencuci kepada sesuatu kawasan dan lebih baik lagi kalau kita sendiri yang mengeluarkan sabun itu kita dah dikira menguasai indusri (ekonomi) sabun di kawasan tersebut sebenarnya. Berniaga kecilan2 dan naik tahap bertahap. Bangsa lain pun melalui tahap yang sama juga. Percayalah bahawa mereka yang sebenarnya mnentukan harga barangan2 runcit misalnya tanpa menghiraukan amaran kerajaan. Cuba lihat harga ayam, tepung, gula, beras tiba2 naik menjelang perayaan aidilfitri dan tidak pada perayaan gong xi fa chai. Sebab apa kita yang sangat terasa oleh kenaikan tersebut? Kerana kita lah pengguna terbesar dan mereka tak kan tergugat walaupun kita mengertak akan memulau barangan tersebut kerana mereka mengetahui dgn jelasnya barangan itu adalah barangan keperluan terpenting tambah2 menjelang perayaan.

Selagi kita makan gaji selagi itu lah hidup kita sekeluarga akan ditentukan oleh orang lain. Sebagai contoh pendapatan seorang kerani kakitangan kerajaan hanya naik sekitar rm40-50 sahaja di tahun2 awal perkhidmatan dan biasanya mencapai gaji mati sekitar hampir rm3k itupun setelah servis selama 30 tahun. Cuba bayangkan kenaikan kos hidup berapa setiap tahun? Adilkah bagi kita dan keluarga kita untuk hidup? Liberalisme ekonomi (cth. pengurangan subsidi) yang melanda Malaysia dan juga negara2 lain akan mematikan kita secara perlahan2 sebenarnya sekiranya kita tidak mampu survive. Kita susah untuk mengubah gaya hidup dan untuk memotong perbelanjaan pula belanja yang mana harus di potong lagi sedangkan kita nak makan pun terpaksa dicatu dah selama ini. Kita tidak makan mungkin tidak mengapa tetapi sanggup kita lihat anak2 kita merengek kelaparan? Bagi kakitangan kerajaan mereka mudah membuat pinjaman peribadi dan mungkin masalah akan selesai sekejap. tetapi nampak kah masalah yang akan datang kemudian apabila pendapatan bulanan kita telah bkurangan misalnya rm50 pun tetap dikira menganggu keseluruhan perbelanjaan kita. Apabila jumlah potongan mencapai tahap maksimum kita akan amek kad kredit pula. Bayar minimum setiap bulan adalah kebiasaan. Apabila keadaan tidak terkawal dan masuk tahun depan gaji kita naik sket rm50. Leh wat personal loan beberapa ribu untuk setel kredit kad itu. Apa yang tinggal lepas tu? Sekali kita buat personal loan tambah2 yang potongan mencecah paras maksimum maka selama itu lah kita terjerat dan mungkin sampai ke pencen kita tidak habis hutang lagi. Bank tidak mahu tahu masalah anda. Apabila anda tidak membayar seperti tempoh dijanjikan maka anda akan diheret ke mahkamah dan segala kos peguam dan court adalah atas tanggungan anda. Itu peranan bank yang mementingkan keuntungan (kapitalis). Saya berani mengatakan demikian kerana saya adalah bekas pegawai bank dan saya telah nampak permasalahan ini akan menjadi parah suatu hari nanti di kalangan kita.

Ini berlainan daripada peniaga apabila mereka tahu mereka tidak mudah meminjam. Mereka perlu ada cash untuk membayar pendahuluan kereta misalnya. Serta bank statement yang kukuh untuk meyakinkan pihak bank. So mereka perlu mantapkan perniagaan dulu baru pikir nak beli kereta mahal atau rumah. Mereka yang makan gaji walau baru sebulan kerja dah layak buat pinjaman nak beli kereta atau rumah dan seterusnya berhutang untuk membayar setiap bulan (ada yang buat personal loan untuk bayar muka kereta import dan seterusnya buat loan keta pula). Saya tinggal di penang. Di sana banyak projek perumahan mewah didirikan. Sekali pandang tentu kita akan menyatakan 'ah itu mesti rumah Chinese tu. Mereka takpalah kaya raya sebab buat bisnes'. Mengapa stigma ini harus ada dalam setiap fikiran kita semenjak turun temurun sedangkan kita adalah penduduk asal bumi tanah Melayu ini? Adakah bangsa lain itu mendapatkan rumah itu secara tidak sah dan adakah mereka makan gaji untuk membeli rumah yang berharga rm1 juta itu? (nilai hartanah di penang yang semakin meningkat menyebabkan banyak rumah yang berharga lebih satu juta didirikan di sana sini ketika ini)

Saya tidak minta kita semua berenti keja makan gaji sedia ada sekarang ni. Memadai kita buat apa2 bisnes untuk menampung keperluan kita yang tidak pernah cukup. Bab penguasaan ekonomi pula biarlah pemimpin kita yang memikirkannya. Itu hak anda. Tetapi anda jangan pula merungut apabila petrol dan gula dinaikan yang menyebabkan perbelanjaan anda sekeluarga terganggu. Kita tidak mampu mengelak liberalisasi ekonomi itu daripada berlaku sebab ia adalah trend dunia sekarang. Nampak bagaimana ekonomi Greece jatuh bangkrap apabila kerajaan tidak mampu mengekang arus globalisasi ekonomi yang melanda masuk negara tersebut. Anda hendak menukar kerajaan mungkin apabila merasakan anda sebenarnya ditindas oleh pemerintah tetapi percayalah kerajaan mana pun yang memerintah secara waras akan bertindak sedemikian sebab ia adalah aturan dunia sekarang dan kita tidak mampu mengelak cuma mungkin mampu memperlahankannya. Kita beruntung apabila kita masih mengekalkan penguasaan politik ketika ini. Tetapi teori political science menyatakan politik dan ekonomi tidak dapat dipisahkan. Kuat ekonomi maka kuat lah kemampuan mereka mendaki tangga politik (situasi semasa). Teori mudah n klasiknya apabila ada duit semua orang hendak kawan dan mendengar cakap kita walaupun apa yang kita cakap itu tidak semestinya betul. Cuba tengok bangsa Yahudi menguasai dunia dengan apa? dengan ekonomi dulu kan baru yang lain2 seperti politik, sosial, pertahanan dll menyusul. Walaupun dengan taktik kotor mereka berjaya mengagumkan dunia ketika ini. (Saya baru habis menbaca buka mengenai kronologi Yahudi menguasai dunia. Saya akan keluarkan rumusannya di dalam blog ini tidak lama lagi di ruangan yang lain)

So tepuk dada tanya selera..
Sekadar pandangan.

Tuesday, August 3, 2010

Who am i??

Telah sebulan lebih aku melalui kehidupan baru bergelar seorang pelajar kembali..sehingga kini aku pasti masih ramai yang tidak menyedari aku bukan lah seorang banker lagi. Sehingga kini masih ada regular customer yang telefon bertanya mengenai urusan bank. Terlalu sukar keputusan ini dibuat sepertimana ketika aku pernah mendapat tawaran menjadi guru suatu ketika dahulu. Manager aku semasa di bank pernah menyatakan dalam kehidupan ini ada ketikanya kita terpaksa membuat keputusan yang besar yang bakal merubah keseluruhan hidup kita.

Bukan kepalang kata-kata sinis yang aku terima ketika membuat keputusan berhenti kerja bank. Seolah-olah takdir aku di tangan mereka. Seolah-olah tiadanya kehidupan yang cerah di masa hadapan. Oleh sebab itu aku tidak menghebohkan tindakan drastik aku ketika ini. Malas nak menjawab pertanyaan yang sama berulang kali. Aku terpaksa redha memikirkan ini lah 'culture' sebenar yang terpaksa dihadapi.

Berbalik kepada kehidupan sekarang bergelar pelajar sarjana amatlah menyeronokkan. Mungkin kita berada dalam bidang yang diminati. Ya aku ingin bergelar seorang doktor.bukan doktor perubatan tapi doktor falsafah. Juga ingin bergelar seorang profesor. Itulah cita-cita sebenar aku. Terpaksa membuat keputusan drastik memikirkan hasrat yang tertangguh beberapa kali sebelumnya.

Ditanya berulang kali dapatkah survive apabila berhenti kerja. Aku tidaklah membuta tuli berhenti tanpa persediaan. Sedikit simpanan daripada bonus agak membantu ketika ini. Juga aku adalah seorang agen insurans. Aku telah biasa dalam dunia sales semasa di bank so tidak ada masalah sangat bagi aku dengan insurans ni. Cuma dari segi teknikalnya mungkin agak berbeza sket. Tapi malangnya mereka2 ini tidak menganggap insurans ini adalah suatu pekerjaan. Bagi mereka kerja perlu lah punch card masuk pukul 8am dan keluar punch card semula pukul 5pm biarpun gaji hanya rm700 shj misalnya. Bagaimana harus kuyakinkan?

Aku memilih insurans sebab masa kerjanya fleksibel. Kebanyakkan client aku jumpa sebelah petang, malam atau pada hujung minggu. So dapatlah aku menelaah pelajaran dan ke kelas pada hari lainnya. Kebetulan kelas aku hari ahad dan isnin shj semester ini. Insurans ini tidak ada basic salary. Semua based pada komisyen. Rajin kita maka bertambahlah komisyen. Seronok juga pekerjaan kita servis client yang di dalam kesusahan yang memerlukan perlindungan kesihatan dan pendapatan. Nikmatnya sukar digambarkan.

Sedikit sebanyak aku juga salute dengan mereka yang involve dengan MLM. sekurang2nya mereka ini hendak menambah pendapatan daripada tidak berbuat apa2 kan. Usah bicara soal kestabilan hidup. Kenaikan pendapatan kita tidak pernah seiring dengan kenaikan taraf hidup. Nak ubah cara hidup kita sekian lama mmg mustahil. Nak jimat belanja pula belanja mana yang perlu dipotong lagi sedangkan semuanya adlh belanja keperluan bukan kehendak. Tidak dapat tidak harus mencari alternatif sampingan. Berniagalah jawabnya. Nak buka kedai mustahil atas sebab kekangan masa, kos n undang2 pekerjaan. So MLM agak popular ketika ini. Itu pilihan mereka sewajarnya kita menghormati.

Aku adalah aku. You are what you think about. Kalau nak ikut kata2 orang tak kemana lah kita. Biasanya masyarakat nak kita show something dulu. Ya aku akan buktikan ini bukan sekadar omongan kosong. Kedua bidang yang aku ceburi ini akan kulaksanakan bersungguh2 insyaallah..Cukup setakat ini. Nak prepare some quatation untuk jumpa client esok di sungai petani. Doakan kalian..Wassalam.

Demokrasi Terpimpin

Kewujudan kepelbagaian parti politik yang bersaing untuk mendapatkan kuasa pemerintahan, disusuli dengan kebebasan-kebebasan sivil seperti bebas bersuara dan dengan itu timbul suasana perdebatan ekoran bercanggah pendapat, merupakan antara ciri-ciri utama sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.
Persaingan kuasa ini pula berjalan secara terbuka dan bukan secara rahsia. Situasi berbeza pandangan, sama ada dalam isu-isu dasar atau persoalan semasa, tidak sewajarnya menimbulkan kerisauan atau kegusaran, malah ia petanda proses pendemokrasian menuju ke arah kematangan.

PERDEBATAN DAN KONFLIK
Proses memberi pandangan, saling mengkritik, berwacana, perdebatan dan konflik tanpa kekerasan harus dianggap sebagai normal dan itulah hakikat demokrasi. Penyertaan rakyat dalam hal-hal politik bukan semata-mata dengan mengundi dalam pilihan raya, misalnya lima tahun sekali, tetapi berlaku setiap masa, untuk bersama-sama membangunkan negara.
Perubahan kerajaan dalam sistem demokrasi adalah lumrah. Kestabilan terjamin jika parti yang menang bertindak adil untuk semua rakyat, tanpa mengira fahaman politik, serta mengelak daripada amalan diskriminasi dan pihak yang kalah pula menerima baik keputusan pilihan raya (yang harus dijalankan secara bebas dan adil).

Tuesday, July 20, 2010

Welcome to ahmadrushdimustafa.blogspot.com


Salam sejahtera..

Anyway baru nak berjinak2 dgn dunia blog. Medium perantaraan yg trsangat kuat pengaruhnya. Rasa macam bes ja jadi penulis blog. Siap boleh jana income lagi kepada sesapa yang aktif. Bergelar blogger adalah status yang semakin diterima masyarakat kini. Kadang-kadang tengok dalam astro awani ada ja blogger yang dipanggil menyuarakan pandangan. Setengah orang hebat dalam percakapan belum tentu hebat dalam penulisan kan. Blog adalah medan untuk mengasahnya bak perumpamaan mata pena lebih tajam dari mata pedang kan. Pejuang-pejuang kemerdekaan dulu ada juga yang berjuang melalui penulisan. Bahkan penulis-penulis dunia barat sudah lama menjadi kaya raya dengan penulisan ini tidak kira lah menulis di blog atau buku. Ia digelar passive income (income yang masuk walaupun tgh tidur) apabila tiap kali buku tulisannya diterbit atau diulang cetak maka selagi itu lah dia akan mendapat bayaran dan diteruskan kepada waris terdekat apabila sudah meninggal dunia. Ia disebut royalti. Begitu juga kepada penyanyi yang mengarang dan menyanyikan lagu tersebut maka dia berhak mendapat royalti dan ia dilindungi oleh undang-undang.

Aku baru ja nak berkecimpung dalam dunia blog ni. Ramai kawan-kawan dah ada aku ja baru tergerak nak ada blog sendiri. Actually blog aku ini akan memperihalkan tentang isu-isu semasa di sekeliling kita serta dunia pemikiran baru teori konspirasi. Orang kata kita perlu tulis apa yang kita minat. Jom kita berblog..